Wednesday, December 18, 2013

warna FLASH DRIVE KINGSTON

untuk flash drive kingston, warna menunjukkan storannya.

8gb = merah
16gb = hitam
32gb = ungu
64gb = hijau
128gb = putih

saya ada flash drive kingston 64gb warna biru. sah sah tiruan…

check harddisk Tiruan

1. check berat.
2. check lampu.
3. check ada dengar bunyi piring berputar atau tak.
4. sama macam number 4. rasa hdd tu bergegar atau tak.
tapi, selalu yang dijual kat pcfair jenama pelik2 tu, kalau boleh elakkan beli. sebab kes HDD china(terutamanya) mungkin mengalami sama masalah macam artikel kat atas
 Apa yang diaorang akan buat ialah dalam hard disk itu diaorang akan pasang acm 8GB usb pen drive dan akan masukan dalam controller. Controller ni akan memberitahu kat PC kita bahawa alat ni hard disk dan berapa capacitynya.
Bila kita sambung kat PC , memang PC kita akan tunjuk capacity yang betul sebab ia dapat maklumat itu daripada controller . Tapi dalam controller itu diaorang tipu , katakan capacity sebenar HDD palsu itu cuma 8GB , maka bila saudara copy katakan 10GB file , hanya 8GB akan dicopy yang lain akan hilang. Bila sambung balik memang tak akan jumpa file atau saiz file itu dah jadi 8GB.
Saya rasa jangan beli apa-apa dari PC Fair. Lowyat ada , Digital Mall pun ada. Kalau nak beli , pergilah kat kedai2 kat lowyat/digital mall belilah. Sekarang PC fair dh jadi gadget fair..Dulu time 1999 sampailah ke 2005 ke apa..PC fair memang PC fair..sekarang cam jadi gadget fair etc

Monday, December 16, 2013

Tips-tips untuk memotivasikan diri....

  1. Bisikkan kepada diri sendiri setiap hari bahawa, ‘aku seorang yang positif dan bermotivasi tinggi’. Jadikan diri kita sebagai inspirasi setiap orang sebaiknya.
  2. Banyakkan membaca bahan motivasi contohnya buku-buku motivasi, cerpen motivasi, mendengar perkongsian motivasi di radio ataupun menonton perkongsian motivasi di TV atau internet.
  3. Banyakkan menulis perkara-perkara positif walaupun kita tahu pada waktu itu kita masih ada rasa sedih, kecewa, dan sebagainya. Jika mempunyai akaun Twitter atau FB, kurangkan keluhan tetapi perbanyakkan kata-kata positif. Lama kelamaan ia akan sebati dengan diri kita.
  4. Berkawanlah dengan orang-orang yang positif dan bermotivasi tinggi. Kurangkan berkawan dengan orang yang suka mengeluh, complaint, selalu bersedih, kurang bersyukur, dan berfikiran negatif. Kerana kawan-kawan begini akan mempengaruhi kita. Jadi, pilih kawan yang betul!
  5. Perbanyakkan amal ibadat kepada Allah swt. Jaga solat fardhu, amalkan solat sunat, perbanyakkan mengingati Allah dan membaca Al Quran. InsyaAllah amal ibadat begini akan selalu membuatkan jiwa kita tenang dan sekaligus menjadikan kita orang yang positif dan bermotivasi. 
  6. Tanamkan azam untuk menjadi manusia yang bermanfaat dan mampu memanfaatkan orang lain. Sekiranya ini azam kita, semestinya kita lebih bersemangat untuk menjadi lebih baik dan lebih baik.
  7. Banyakkan berserah diri kepada Allah swt. Kerana rasa sedih, kecewa, sakit, gembira, suka, bahagia, semuanya Dia yang campakkan ke dada kita.